Saturday, March 19, 2011

MAKNA CINTA PADA ALLAH


Apa makna cinta pada Allah? Apa dia? Ia adalah perasaan apabila kita melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaannya, untuk mendapat perhatian Allah, untuk mendapat cintanya juga untuk mendapat rahmatnya supaya hidup kita berkat sentiasa. Orang yang cinta pada Allah biasanya sanggup melakukan sesuatu secara percuma simply sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah.

Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah, mencintai kekasih hatinya kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah, bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah, berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga kerana Allah.

Dia tidak melakukan semua itu kerana duit tapi untuk berbakti. Dia berbakti pada orang sekeliling supaya Allah kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah melalui yang fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui berbuat kebaikan selalu. Dia adalah seorang yang baik di hati, di perbuatan, di dalam kata-kata dan di dalam fikirannya.

Cinta pada Allah tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersembahyang sunat. Semua itu hanya luaran. Allah hanya akan memandang HATI kita.

Ini samalah seperti kita mahu mendapat perhatian orang yang kita cinta. Apabila hati sudah suka pada seseorang, pasti kita berhabis untuk mendapat perhatiannya, kan? kita beli hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia di Facebook kita, bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor telefon dia supaya kita boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa cinta kita padanya.

Untuk apa kita sembahyang selain dari menunaikan suruhannya? Untuk apa kita bersolat selain dari menunaikan kewajipan? Jawapannya, bersembahyanglah kerana kita mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah, supaya Allah sayang kita, supaya kita menonjol di kalangan hamba-hambanya yang lain. Rasa takwa adalah rasa apabila kita mahu melakukan sesuatu kerana mahu mendapat perhatian Allah, bila sudah buat, kita rasa cukup puas hati.

Bila kita tolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya kita akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu melihat orang yang kita tolong itu jadi gembira menjalani kehidupannya. kita berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu perolehi, Allah melihat apa yang kita lakukan lantas melihat kita sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya.


Apa petanda kasih sayang Allah? Rezeki kita dimurahkan, hidup kita dibahagiakan, urusan kita dipermudahkan, masalah kita dikurangkan, pergaulan kita diperluaskan. Semuanya jadi lancar sahaja.

lirik lagu:JANJI

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Chorus
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku
Ulang Chorus
Aku janji padamu
Akan mencintaimu
Ulang Chorus
Takkan menduakanmu