Sunday, August 7, 2011

k!s@h C!kGu n MuR!D2nY@

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan kead...aan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)

Sunday, July 17, 2011

KeN@Ng@N BeRs@m@

dah 2 thn aku dgn member kelas belajar bersama2,enjoy sama2,usik-mengusik...tp bila dh masuk semester 5 ja kitorg terpaksa berpisah dgn member2 laki dan jgk 2 owg lagi member perempuan yg trpksa berkorban yg sporting habes disebabkan kemasukan pelajar integrasi PAT. so,group laki kelas aku trpksa berkorban masuk ke kelas DAT 5A dan bdk2 integrasi masuk kelas aku DAT 5B. siapa sangka hari Jumaat 15 Julai 2011 adalah hari terakhir aku dan bdk2 perempuan kelas aku bergelak ketawa dgn bdk2 laki kelas...mulai 18 Julai 2011 aku dgn dowg x lg satu kelas mcm dulu terasa sgt kehilangan dowg sedih sgt2 dgn perpisahan ni huhu:-(


mukhlis,waffey,hakim,gg,hijazi,yusra,wei tak,farid,alif,chi yi dan woen..semuanya baik dgn aku tp dowg dh x satu kelas dgn aku lg dh lps ni. semua bdk perempuan menangis dgn perpisahan ni semua down ja bila group laki kna tkr kelas..group laki berkorban masuk kelas DAT 5A sebab x nk group perempuan berpecah..korg memang sahabat yg baik. aku dgn bdk perempuan yg lain x kn lupakan kenangan kita sepanjang 2 thn bersama.

Saturday, March 19, 2011

MAKNA CINTA PADA ALLAH


Apa makna cinta pada Allah? Apa dia? Ia adalah perasaan apabila kita melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaannya, untuk mendapat perhatian Allah, untuk mendapat cintanya juga untuk mendapat rahmatnya supaya hidup kita berkat sentiasa. Orang yang cinta pada Allah biasanya sanggup melakukan sesuatu secara percuma simply sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah.

Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah, mencintai kekasih hatinya kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah, bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah, berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga kerana Allah.

Dia tidak melakukan semua itu kerana duit tapi untuk berbakti. Dia berbakti pada orang sekeliling supaya Allah kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah melalui yang fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui berbuat kebaikan selalu. Dia adalah seorang yang baik di hati, di perbuatan, di dalam kata-kata dan di dalam fikirannya.

Cinta pada Allah tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersembahyang sunat. Semua itu hanya luaran. Allah hanya akan memandang HATI kita.

Ini samalah seperti kita mahu mendapat perhatian orang yang kita cinta. Apabila hati sudah suka pada seseorang, pasti kita berhabis untuk mendapat perhatiannya, kan? kita beli hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia di Facebook kita, bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor telefon dia supaya kita boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa cinta kita padanya.

Untuk apa kita sembahyang selain dari menunaikan suruhannya? Untuk apa kita bersolat selain dari menunaikan kewajipan? Jawapannya, bersembahyanglah kerana kita mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah, supaya Allah sayang kita, supaya kita menonjol di kalangan hamba-hambanya yang lain. Rasa takwa adalah rasa apabila kita mahu melakukan sesuatu kerana mahu mendapat perhatian Allah, bila sudah buat, kita rasa cukup puas hati.

Bila kita tolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya kita akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu melihat orang yang kita tolong itu jadi gembira menjalani kehidupannya. kita berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu perolehi, Allah melihat apa yang kita lakukan lantas melihat kita sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya.


Apa petanda kasih sayang Allah? Rezeki kita dimurahkan, hidup kita dibahagiakan, urusan kita dipermudahkan, masalah kita dikurangkan, pergaulan kita diperluaskan. Semuanya jadi lancar sahaja.

lirik lagu:JANJI

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Chorus
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku
Ulang Chorus
Aku janji padamu
Akan mencintaimu
Ulang Chorus
Takkan menduakanmu